Assalamualaikum
Blog ini dimulakan sebab saya hendak berkongsi pengalaman saya bersama Shaklee.
Sejak bila saya kenal Shaklee? Saya kenal Shaklee semasa dalam pantang anak yang pertama, lebih kurang 3 bulan yang lepas. Puaslah saya cuba cari makanan yang boleh banyakkan susu ibu. Minum madu, makan kismis, lobak putih, longan dan lain-lain lagi. Tapi hasilnya tak berapa memuaskan. Teringatla saya kepada seorang kawan adik saya yang asyik2 mempromosikan Shaklee di facebooknya...hehehe.
Cuak juga masa nak cuba. Tapi selepas cuba dan lihat hasilnya.... terus terpukau. Memang menjadi. Susu mencurah-curah sehingga dapatla saya buat stok dalam 20 hari yang tinggal sebelum kembali bekerja.
Apa yang saya cuba? Saya ambil ESP (Energy Soy Protein), Vitamin B-Complex, Vita-Lea (multi-vitamin), Vitamin C, Alfalfa (milk booster) dan Ostematrix (kalsium). Alhamdulillah...sangat menjadi. Sekarang saya nak kongsi kegembiraan saya dengan ibu-ibu yang lain. Biar semua ibu-ibu tahu mereka pun boleh menyusu anak-anak mereka. Jangan cepat mengalah.
Set Penyusuan Shaklee |
No comments:
Post a Comment