Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Berpantang Shaklee. Show all posts

05 February 2014

Testimoni Cadangan Set Berpantang Shaklee

TESTI Confinement Set Shaklee
"Nak share lagi.. saya dah consume set berpantang Shaklee & tempoh berpantang tinggal lagi 3 hari. Semalam saya datang ke rumah mak saya & dia serta adik2 terkejut tengok sy dah kurus..Frankly sayin, saya x berani nak tengok cermin sepanjang berpantang takut tengok badan sendiri & sebelum pregnant pun badan saya gemuk..Suami pun ckp saya dah kurus.. cam xcaye betol! Saya belom try lagi baju2 lama utk di test. xpe, sabar.. tunggu betol2 abis pantang.. hehe..Dulu da mcm2 ubat kurus saya mkn, pegi gym la..aerobik la.. tapi ambil masa utk turun berat badan. Bila mkn product Shaklee, 40 hari jek! Tu blom lg try Shaklee diet set kan! kan! TQ Shaklee!!!" -Puan Charm





Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp/Telegram: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran


26 November 2013

Testimoni Set Berpantang

Mari kita lihat apa kata mereka yang sudah merasai berpantang bersama Shaklee.

1. Badan rasa sihat dan baby tak banyak ragam




2. Badan rasa lebih cergas, tak letih, tak sakit kepala




3. Luka cepat baik dan berat cepat turun




4. Luka kering cantik dalam seminggu




5. Dalam masa kurang daripada 2 minggu, luka jahitan dan buasir sudah baik.




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnose, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran



06 October 2013

Cadangan Set untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu





Untuk Info & Order: 

Tengku Sofia Sabrina

Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

22 July 2013

Simptom Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Diabaikan

Keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan segera


Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami mana-mana yang tertera di bawah: 

- Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba (mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam). Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 

- Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda praeklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika anda mengalami pra-eklampsia, anda juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya. 

- Tekanan darah tinggi
Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda anda mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika anda juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya. 

- Nafas pendek
Nafas pendek biasa berlaku jika anda melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika anda berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas anda berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru). 

- Sakit dada
Jika anda mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika anda mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, anda mesti segera pergi ke hospital. 

- Sakit betis
Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit. 

- Berfikir hendak membunuh diri
Jika anda dapati diri anda memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor anda dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga anda supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk anda. 

- Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi anda mendapat rawatan segera dan bantuan yang anda perlukan. 

- Demam yang sangat panas (38 darjah C / 100 darjah F atau lebih)
Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, anda boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika anda mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda. 

- Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa anda di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar.


Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut: 

- Rembesan faraj yang berbau busuk
Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj. 

- Perut yang sakit
Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Anda mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika anda menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan postpartum.

- Buasir yang teruk atau bengkak
Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas anda bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan. 

- Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin anda masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi anda bercakap dengan doktor mengenainya.

- Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk. Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum anda sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj anda. 

- Punggung bocor
Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika anda terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor anda dengan segera.


Untuk dapatkan set pantang secara moden, boleh click Set Bersalin Shaklee


Untuk Info & Order: 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

20 July 2013

Panduan Berpantang

Berpantang yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua. Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden. Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.


Cara Berpantang Masyarakat Melayu :

  • Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.
  • Bertungku - bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.
  • Bertangas - bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.
  • Berbengkung - perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.
  • Mandi rempah ratus - bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.
  • Memakai param dan pilis - bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.
  • Minum jamu - bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.



                                        Param


Elakkan :

  • Keluar rumah
  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan
  • Makan dan minum berlebihan
  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit
  • Terdedah kepada cuaca sejuk

Source : http://pmr.penerangan.gov.my

Banyak pantang larangnya kan? Tapi tak salah kalau kita ikut saja. Untuk dapatkan set pantang secara moden, boleh click Set Berpantang Shaklee



Untuk Info & Order: 

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

23 May 2013

Testimoni Set Berpantang Shaklee


Pekongsian daripada Puan Diyana Atan - 

"Sebelum pergi ke labour room saya  minum ESP. Dalam sakit-sakit tu badan tetap rasa bertenaga. Masa proses bersalin, alhamdulillah...3 kali push keluar Baby Hana, 3.6kg. Masa dalam wad, saya minum lagi ESP. Badan rasa segar sampai orang katil sebelah ingat saya admit ward sebab alahan masa mengandung. Bila tolak katil Baby Hana terkejut dia sebab tak sangka dah bersalin. Muka tak pucat dan badan nampak cergas katanya. Sekarang, dalam pantang sepenuhnya saya ambil supplement Shaklee. Bibik yang jaga anak-anak saya masa dalam pantang sebelum ini pun cakap.."nampak bedanya! Kali ini kamu nampak cergas! Muka nngak pucat." 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk Info & Order:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

01 May 2013

Set Bersalin Shaklee

Saya belum mengenali Shaklee masa bersalin bulan September lepas. Saya hanya kenal Shaklee semasa saya menghadapi kesukaran untuk membuat stok susu untuk Bella. Jadi tak sempat la saya mencuba Set Bersalin Shaklee.

Terasa rugi tak kenal Shaklee semasa waktu berpantang. Semua kawan-kawan yang telah mencuba Set Bersalin Shaklee semasa dalam pantang berkata yang mereka lebih bertenaga walaupun tak cukup tidur. 

Set Bersalin Shaklee sesuai digunakan sejurus selepas bersalin, tak kira normal atau ceaser. Ia juga sesuai diambil oleh ibu walaupun bayi mengalami jaundis.

RUGI!!! Rugi saya tak mengamalkannya dari berpantang. Set bersalin yang saya beli atas nasihat makcik-makcik dan saudara-mara, masih ada lagi tersimpan di dalam almari kerana semasa berpantang, Bella mengalami jaundis jadi doktor tak galakkan menggunakannya. Akibatnya, semasa berpantang badan terasa lemah dan tak bermaya dengan tidur dan rehat yang tak cukup.


Apa yang ada dalam Set Bersalin Shaklee?

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.


2) Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. 


3) B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.


4) Zinc Complex

Membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.


Set bersalin sering di ambil bersama Set Penyusuan Asas Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa Complex dan Energizing Soy Protein (ESP).


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Klik di sini untuk memesan Set Bersalin Shaklee --> http://bit.ly/SetBersalinDanMenyusu


Untuk Konsultansi dan Info:

Tengku Sofia Sabrina
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 905873
Email: sofia_sabrina@yahoo.com
SMS/Whatsapp: 012 3390665
COD: Gombak dan kawasan-kawasan berhampiran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...